Saturday, 26 November 2016

Apa itu Diet Seimbang? | Faedahnya kepada Kesihatan

Apa itu Diet Seimbang?

APABILA disebut berkenaan keperluan kepada penyediaan diet seimbang, sebenarnya setiap orang di seluruh dunia tetap mempunyai keperluan diet yang sama. Walaupun mungkin lokasi geografi, warna kulit dan bentuk tubuh badan yang berbeza namun penyediaan makanan yang betul perlu dididik dan difahami bagi menjamin kesihatan yang baik sepanjang hayat.

Dengan kata lain, penyediaan makanan yang kurang betul akan mengakibatkan KEKURANGAN ZAT MAKANAN walaupun kita BANYAK makan! Piramid diet sihat boleh dijadikan panduan memilih apa yang perlu dimakan setiap hari kerana ianya merangkumi empat kumpulan makanan utama. Makanan perlu diambil banyak daripada tapak piramid dan lebih sedikit pada bucu piramid. Ini adalah penting bagi memastikan setiap kumpulan makanan dapat memberikan nutrien atau zat yang penting kerana sebarang kekurangan nutrien boleh mengganggu penyerapan nutrien-nutrien lain dan membuatkan sistem dalaman kita tidak seimbang kerana sistem organ kita tidak dapat berfungsi pada kapasiti yang optimum.

PIRAMID DIET SIHAT

Faedah-Faedah mengambil diet yang seimbang:

  1.  Menggalakkan Kesihatan Sel
  2.  Menggalakkan Kesihatan Mata
  3.  Menggalakkan Kesihatan Jantung
  4.  Menggalakkan Kesihatan Tulang dan Sendi
  5.  Menggalakkan Kesihatan Otak


Keperluan kepada makanan yang berkhasiat dan diet seimbang diperlukan oleh setiap individu sejak lahir sehingga dewasa, malah menjadi lebih penting apabila semakin berusia kerana pada usia ini mereka akan mengalami kekurangan sesetengah mineral atau garam galian seperti sodium dan kalsium dalam tubuh. Pengambilan makanan berasaskan protein, karbohidrat, serat, kalsium dan minum lebih banyak cecair dapat menjamin kesihatan dan kecergasan tenaga.

PROTEIN

Protein adalah sebahagian daripada setiap sel dalam badan kita. Ia ditemui di semua bahagian badan kita termasuk kulit, rambut, kuku dan tulang. Protein merupakan bahan asas yang diperlukan dalam sistem imun untuk meningkatkan antibodi melawan jangkitan atau penyakit. Malah ia membaik pulih tisu badan yang rosak. Antara makanan yang berasaskan protein ialah daging, ayam, ikan, telur dan kekacang.

KARBOHIDRAT

Karbohidrat adalah sumber utama untuk memberi tenaga kepada tubuh manusia dan ia seharusnya diambil setiap hari. Antara makanan yang berasaskan karbohidrat yang disyorkan dan popular buat rakyat Malaysia ialah Nasi, Mi, Buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, keledek, ubi kentang dan pisang.

MULTIVITAMIN DAN MULTIMINERAL

Keseimbangan dalam pengambilan Vitamin dan mineral dapat membantu memberikan perlindungan antioksidan yang luas serta memberikan faedah kesihatan yang optimum. Sebagai contoh vitamin A berfungsi untuk memelihara kesihatan mata manakala vitamin C berfungsi sebagai antioksidan dan membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan radikal bebas. Radikal bebas adalah sebatian yang terbentuk apabila badan kita menukarkan makanan menjadi tenaga. Ianya wujud dalam persekitaran seperti dari asap rokok, pencemaran udara malah dari sinar UV matahari. Vitamin A dan C boleh diperolehi daripada buah oren, lobak dan pelbagai sayuran hijau manakala zink boleh diperolehi daripada daging merah tanpa lemak.

SERAT

Pengambilan serat dapat membantu mengelakkan sembelit dan juga mengurangkan risiko lebihan kolestrol dalam darah. Ianya wajar diambil setiap hari kerana mudah diperolehi seperti pengambilan buah-buahan segar, sayur-sayuran hijau dan makanan bijirin.

KALSIUM

Pengambilan Kalsium amat penting untuk membantu mengatasi masalah pereputan tulang atau osteoporosis. Sumber makanan yang kaya kalsium ialah produk berasaskan tenusu, ikan sardin, ikan bilis (buang kepala kerana kolestrol tinggi), kurma, kismis dan susu rendah lemak.

MINUM AIR

Sebaik-baiknya dipastikan meminum enam hingga lapan gelas air sehari bagi membantu buah pinggang menyingkirkan lebihan toksik dalam badan. Kurangkan atau elakkan pengambilan minuman yang mengandungi kadar gula yang tinggi. Hadkan pengambilan minuman berasaskan susu hanya 1-2 hidangan dan minuman jus hanya satu gelas kecil sehari.

PINGGAN MAKAN SIHAT
Sumber : Harvard School of Public Health


GABUNGKAN MAKANAN YANG SEIMBANG DENGAN SENAMAN YANG KONSISTEN SETIAP HARI UNTUK KESIHATAN YANG BAIK SEPANJANG MASA! INSYA ALLAH ANDA BOLEH LAKUKAN










EmoticonEmoticon

Technology