Tuesday, 8 November 2016

Panduan Ketika Mengalami Kemalangan - Perkara Yang Perlu Di Lakukan


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

Tidak dapat dinafikan bahawa pada setiap kejadian kemalangan yang membabitkan sebuah kenderaan atau lebih, satu situasi panik akan berlaku di mana ianya mungkin membabitkan kecederaan atau kematian kepada mangsa yang terbabit dan sudah pasti terdapat kerosakan yang timbul kepada kenderaan dan objek lain di atas jalanraya.

Walau bagaimanapun situasi yang panik itu perlu dikawal kerana terdapat perkara-perkara lain yang harus diambil tindakan selepas sesuatu kemalangan berlaku. Perkara-perkara tersebut adalah ;

1. Bertenang dan elakkan pertengkaran atau pergaduhan.

2. Dapatkan maklumat berikut:-

  • No. pendaftaran, jenis dan model kenderaan yang terlibat di dalam kemalangan tersebut.
  • Nama pihak ketiga dan nama penanggung insurans kenderaan mereka.
  • Nama dan alamat saksi, jika ada.
  • Tahap kerosakan atau kecederaan yang dialami oleh semua pihak yang terlibat.
3. Hubungi Pusat Bantuan Kemalangan atau Kerosakan penanggung insurans masing-masing. Khidmat ini disediakan 24 jam. Sila nyatakan:
  • Butir-butir peribadi anda
  • Nombor yang mudah dihubungi
  • Butir-butir kenderaan anda
  • Jenis Panggilan (Kemalangan/Kerosakan/Pertanyaan)
  • Butir-butir kejadian atau pertanyaan
4. Jangan memberikan sebarang kebenaran untuk menunda kenderaan anda selain dari yang di panggil oleh pusat bantuan talian 24 jam anda. (Pusat bantuan akan memberi anda nama syarikat yang akan menunda kenderaan anda)

5. Jangan membuat sebarang akuan kesalahan atau tawaran gantirugi kepada mana-mana pihak yang terbabit, kerana ianya bertentangan dengan peraturan polisi. Anda boleh menasihatkan pihak tersebut untuk berhubung dengan penginsurans.

6. Buat laporan Polis dalam masa 24 jam.

7. Anda dimestikan menghubungi syarikat penanggung insurans anda (walaupun anda tidak berhajat untuk mengemukakan tuntutan) untuk melindungi anda dan pihak penanggung insurans anda dari sebarang tuntutan yang mungkin timbul ekoran dari kemalangan tersebut.

8. Pusat bantuan akan menghantar maklumat ringkas kepada bahagian tuntutan syarikat penanggung insurans anda. Bagaimanapun anda dinasihatkan menghubungi bahagian tuntutan bagi menyemak status tuntutan anda.


NOTA: Adalah menjadi salah satu syarat polisi yang mana setiap kejadian kemalangan hendaklah dilapurkan kepada syarikat penanggung insurans di dalam jangkawaktu yang munasabah. Sekiranya anda gagal untuk berbuat demikian anda dianggap sebagai melanggar syarat polisi dan dengan demikian syarikat penanggung insurans berhak untuk menafikan sebarang tuntutan yang bersabit dengan kemalangan tersebut atau menuntut kembali sebarang bayaran yang telah dibuat.




EmoticonEmoticon

Technology