Monday, 7 November 2016

Panduan Agihan Faraid Buat Waris-Tertib 8 perkara perlu dilaksanakan!


 

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera!

Wajarkah kita membuat agihan harta pusaka dengan mendahulukan Faraid tanpa melaksanakan pesanan si mati?

Apa yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini adalah seringkali mendahulukan pengagihan harta pusaka secara faraid kepada para waris dengan mengabaikan segala pesanan dan hak-hak si mati. Perlu diingatkan bahawa pengagihan harta pusaka sepatutnya tidak dilakukan dahulu sebelum hak-hak dan wasiat si mati ditunaikan mengikut Tertib 8 perkara.

8 perkara yang disusun mengikut tertib adalah ;



  1. Perbelanjaan Pengurusan Jenazah
  2. Perbelanjaan Pengurusan Harta Pusaka
  3. Hutang Si Mati kepada Allah SWT (Zakat, Fidyah, Kafarah, Haji)
  4. Hutang Si Mati kepada Institusi (Bank, PTPTN, Saman Polis/JPJ dan lain-lain)
  5. Hutang Si Mati kepada Manusia
  6. Harta Sepencarian (50% kepada pasangan)
  7. Hak Wasiat tidak melebihi 1/3 (Jariah, Wakaf, Sedekah, Hibah)
  8. Pembahagian Faraid (Baki selepas ditolak 7 perkara di atas)
Jika diperhatikan kepada senario di atas, kedudukan Faraid pada tempat ke-lapan, sedangkan waris si mati seringkali meletakkan pembahagian faraid pada kedudukan pertama. Oleh yang demikian, apakah jalan penyelesaian yang terbaik untuk memastikan pesanan-pesanan dan hak-hak waris terpelihara?

Tidak dapat dinafikan penggunaan instruumen menulis Surat Wasiat merupakan jalan penyelesaian yang paling terbaik dan adil buat semua waris kerana didalamnya pembuat wasiat boleh meninggalkan pesanan-pesanannya dalam bentuk bertulis agar Penjaga Amanah (WASI) yang dilantik boleh melaksanakan tertib yang 8 dengan sebaik-baiknya dan seadil-adilnya.

Penjaga Amanah (WASI) boleh dilantik dari kalangan mereka-mereka yang berikut;
  1. Individu yang berumur lebih 18 tahun dan diyakini amanah dan adil
  2. Peguam-peguam Syariah
  3. Syarikat-Syarikat penyedia produk Wasiat, Hibah dan Amanah seperti AmanahRaya, MyAngkasa Amanah, As-Salihin Trustee dan lain lain.
Bagaimanapun adalah dinasihatkan Penjaga Amanah (WASI) adalah dari kalangan yang TIDAK AKAN MATI sebelum pembuat wasiat meninggal dunia dan TIADA KEPENTINGAN terhadap harta anda!

Contoh Surat Wasiat


"Semoga memberi manfaat."



No comments:

Post a Comment

Adbox