Monday, 7 November 2016

Cara Membuat Sambal Cuka - Petikan daripada buku 40 Jenis Sambal Johor


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Negeri Johor menerusi Yayasan Warisan Johor telah mengambil langkah yang proaktif dalam memelihara warisan budaya bangsa. Apa juga peninggalan nenek moyang kita jika tidak dalam bentuk 'warisan budaya', jika ianya tidak dikaji secara mendalam, ditulis dan dibukukan maka sudah pasti tidak dapat ditatapi oleh golongan generasi muda pada masa kini dan akan datang.

Walaupun 40 Jenis Sambal Johor ini merupakan merupakan suatu juadah yang sudah sebati dalam tradisi masyarakat melayu kita, namun jika usaha untuk mengumpulkan dan membukukan resepi ini kemungkinan generasi cucu-cucu kita bakal tidak mengenali lagi sambal-sambal berkenaan dan tidak tahu untuk menyediakannya.

Koleksi 40 Jenis Sambal Johor ini telah dihimpunkan oleh Tuan Haji Jamil Markom, seorang penulis yang prolifik pada zamannya, manakala dengan inisiatif cucu beliau  iaitu Jasmeen Zhari untuk menyerahkan koleksi ini kepada Yayasan Warisan Johor untuk dibukukan dan diterbitkan. Penghargaan juga harus diberikan kepada Puan Naini Drahman iaitu ibu kepada Jasmeen Zhari yang banyak membantu untuk melengkapkan koleksi ini untuk disusun semula.

Mengambil petikan kata-kata Haji Jamil Markom, "Bagi angkatan baru, harus banyak jenis sambal yang dirasainya tetapi mungkinkah banyak lagi jenis yang mereka belum tahu membuatnya. Buku kecil ini cuba menyusun jenis-jenis sambal Melayu yang telah ada pada orang Melayu, jika tidak disusun begini takut kalau-kalau jenis sambal itu hilang ditelan zaman begitu sahaja."

Buku ini boleh didapati pada harga RM12.00 senaskah tidak termasuk caj penghantaran pos.










Cara-Cara membuat Sambal Cuka;

Bahan-Bahan :
  • 5 batang Lada Kering
  • 1 sudu besar Cuka
  • 2 keping Biskut Kering
  • 2 sudu besar Gula Pasir
  • Garam ikut rasa
Cara Menbuat :

Lada kering dibuang biji dan direndam dalam air panas sehingga kembang. Tumbuk lada hingga halus sambil dimasukkan bahan-bahan di atas satu persatu, bermula dengan biskut, gula dan garam. Kemudian masukkan cuka dan kacau semua adunan sehingga sebati.

Cara Menghidang :

Sambal ini biasanya dinikmati dengan 'pendaram' atau 'gimbal udang' yang berulamkan timun muda. Sambal ini juga biasa dijadikan pemecah untuk menikmati sotong bakar.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Adbox